#1
Result Exam dah keluar! keputusannya sudah tentulah terbaik *hampeh . Tapi memang padan lah. sesuai dengan usaha tidoor saya. cehh. hum, ntahlah. Jumaat depan, hari Kurikulum atau lebih dikenali sebagai Hari Kene Rotan Sedunia *ouchh "Padan muka anda lah Shayra. sape suroh tidoor tyme suma org berkeras otak nak paham ceramah di hadapan!" oke, Sentap. Tapi cuma satu jea yang saya suka pasal result neh. MISS THANA LETCHUMY*maaf tade gamba. tak berkesempatan nak ambil gambar dia. dia opps Beliau merupakan guru English saya.Buat pertama kali , ya pertama kali. dia senyum seikhlasnya terhadap saya. lebar sangat.macam neh.
Saya, saya, saya sangatlah Terharu sampai haru biru radius punggungku. Haha. sumpa! sangat terharu. Terima kasih cekgu. Semua ini terjadi kerana saya mendapat 40/40 paper 1 English mid-term kali neh. Dia sangatlah pelek kerana setido-tido saya, takdelah terok mana studinya (padahal exam kali neh jatuh beribu anak tangga). Namun, nak kekal kan bukan senang. jadi saya akan berusaha seGIAN mungkin. sampaikan rase gelisah bila tak ada homework yang selama nih dipandang sepi. *budak tengah bangga, memang macam ni ke-poyoan nya. okay, FULLSTOP chapter satu.
#2
INJECTION YANG PERIT. sangat perit. pada hari khamis yang lepas, saya dan rakan-rakan dikehendaki hadir ke bilik SACC SAC (self access centre) untuk di-injek oleh nurse nurse yang sangat garang. muka ketat sahaja. sampai jea, kene beratur panjang sebab ade kelas lain jugak. asal ade budak lalu jea kita orang akan tanya,"sakit tak? jarum tajam tak? nurse garang tak?" mereka yang cool akan jawab," manede. tak sakit pape pon. tengok aku, tak nangis pon" padahal waktu tu punya lah berkerut seribu muka tuh. manakala, mereka yang tak berapa nak cool akan cakap," sakit gila weyh! dahla nurse garang. memang sakit. rasa macam mencucuk-cucuk," sambil menangis sedu sedan. sampai jea giliran saya. Masya-ALLAH.jarum dia memang tajam dan panjang macam ini.
oke, saya dah gelabah. tyme nurse tuh nak cucuk, saya dah siap-siap kan jari untuk digigit bagi menahan kesakitan. dan jarum pun masuk. sakit. tapi macam kena gigit dengan semut api/merah. sikit jeh. tapi kan, kesan dia rupa-rupanya selepas disuntik. ada kawan yang bengkak dan sebagainya. saya, Alhamdulillah, cuma merah-merah sikit je. Eyh, lupa pula nak cakap nih injek ape. Kancing Dagu. Nama Sainsnya, saya tak ingat. Tujuan? Untuk mengelakkan kancing dagu lah. haha. DONE with chapter kedua.
Baiklah, itu sahaja movie untuk dua minggu ini . Tunggu dan saksikan lah hasil karya saya yang seterusnya dua minggu dari sekarang.
Wasalam.


No comments:
Post a Comment